Tempatan

RM54.05 Juta Peruntukan Sekolah & Badan Bukan Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KOTA KINABALU, 07 Januari 2023 – Dalam bajet tahun ini, sekolah-sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah bakal mendapat peruntukan geran sebanyak RM54.05 juta sebagai tanda Kerajaan Sabah komited membantu tanpa mengira bangsa, keturunan atau agama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan, Kerajaan yang peka dengan keperluan masyarakat di sana menaikkan jumlah tersebut RM7.05 juta berbanding tahun lepas.

Katanya, “RM1.5 juta bantuan pembekalan kepala singa sempena Tahun Baru Cina akan diagihkan kepada persatuan dan tokong-tokong berkaitan melalui Dewan Undangan Negeri serta Parlimen sebagai sokongan kepada masyarakat Tiong Hua.”

“Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu rakyat semua kaum dan agama bagi memastikan mereka dapat meraikan perayaan masing-masing.”

BACA JUGA: Lebih RM2.1 Juta Peruntukan Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

BACA JUGA: Pegawai Siasatan Jenayah Ditahan Dakwaan Merogol Remaja Perempuan

BACA JUGA: Muslimah Nikah Hindu, Peguam Melayu ‘Mohon’ Tuhan Berkati USA

Dengan bantuan yang diberikan itu, Hajiji berharap ia dapat menyemarakkan lagi Sambutan Tahun Baru Cina selain dapat memupuk semangat setiakawan dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: