Tempatan

MP DAP Kalah Kes Saman, Diarah Bayar RM2 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2023 – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dikehendaki membayar ganti rugi RM2 juta kepada sebuah firma e-dagang MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Datuk Seri Jessie Lai berhubung fitnah yang dibuatnya pada 2017.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati Lim telah melangkaui tugasnya sebagai Ahli Parlimen apabila membuat tuduhan mengenai Lai dan syarikatnya, MonSpace (M) Sdn Bhd.

Menerusi prosiding dalam talian, Lim diperintahkan membayar ganti rugi am sebanyak RM500,000 kepada Lai dan RM1 juta kepada MonSpace serta ganti rugi berjumlah RM500,000 lagi kepada mereka.

BACA JUGA: Kementerian Pengangkutan Rancang Bina Rangkaian Rel Malaysia-China

BACA JUGA: Program Libat Orang Islam Di Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Dibenarkan

BACA JUGA: Keputusan Fatwa SIS Forum: SIS Akan Fail Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan

Selain itu, Lim turut diarahkan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Lai dan Monspace dalam tempoh seminggu dari hari keputusan dikeluarkan.

Kuantum ganti rugi ini dipercayai paling tinggi diberikan dalam kes fitnah sejak 20 tahun lalu.

Hakim Akhtar Tahir membenarkan tuntutan mahkamah oleh Jessy Lai terhadap Lim berhubung kenyataan yang dibuat mengenainya dan syarikatnya pada 2017.

Guok berkata Lim akan merayu keputusan itu dan memohon untuk menangguhkan pelaksanaan penghakiman.

Dalam tuntutan mahkamahnya, Lai dan MonSpace memfailkan saman terhadap Lim Lip Eng (defendan) pada Jun 2019, kerana mendakwa defendan mencemarkan nama baiknya dan syarikatnya dengan menuduh mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur China.

Beliau berkata kenyataan fitnah Ahli Parlimen itu diterbitkan oleh media Inggeris dan Cina, telah memberi tekanan kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk mengambil tindakan terhadapnya.

“Tindakannya menyebabkan saya didakwa di mahkamah pada 8 Mei di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: