Antarabangsa

Taliban Dalam Usaha Wujudkan Persekitaran Selamat Untuk Wanita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 04 September 2022 – Taliban menyatakan bahawa mereka sedang berusaha mewujudkan “persekitaran selamat” untuk remaja perempuan di sekolah menengah dan golongan wanita di tempat kerja.

“Saya sedang berusaha untuk mewujudkan situasi di mana mereka boleh bekerja dengan cara di mana kehormatan mereka masih terlindung,” kata Kementerian Maksiat dan Kebajikan Taliban, Sadeq Akif Muhajir.

Katanya lagi, Islam telah memberikan wanita hak untuk mendapatkan pendidikan, hak untuk bekerja dan hak untuk berniaga, maka, siapalah beliau untuk menyekatnya.

Ketua Angkatan Tentera Britain Jeneral Nick Carter sebelum ini menyatakan bahawa Taliban mengiktiraf hak-hak wanita seperti yang digariskan dalam undang-undang Syariah.

“Saya fikir mereka sudah berubah. Saya fikir mereka sedar Afghanistan sudah berevolusi. Mereka mengiktiraf peranan penting dimainkan kaum wanita dalam evolusi itu – dan ya, buat masa ini, mereka sudah semestinya akan menyatakan bahawa mereka mahu menghormati hak-hak wanita di bawah undang-undang Islam, iaitu undang-undang Syariah tetapi itu tidak semestinya bermaksud mereka akan menghalang kaum wanita untuk terlibat dalam pentadbiran, dalam pendidikan dan dalam perubatan serta dalam perkara yang perlu melibatkan kaum wanita,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: