Antarabangsa

Penggubal Undang-Undang US Desak FBI Siasat Pembunuhan Shireen Abu Akleh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 21 Mei 2022 – “Sebagai rakyat Amerika, Shireen Abu Akleh berhak mendapat perlindungan penuh yang diberikan kepada warga AS yang tinggal di luar negara.”

Ahli Kongres Andre Carson berkata, puluhan penggubal undang-undang Amerika Syarikat telah menandatangani surat menuntut FBI menyiasat pembunuhan wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas tentera Israel berkata mereka tidak akan melancarkan siasatan jenayah ke atas insiden itu.

Shireen, 51 tahun merupakan warga Palestin-Amerika telah ditembak mati oleh tentera Israel pada minggu lalu sewaktu membuat liputan operasi ketenteraan Israel di kem pelarian Jenin, Tebing Barat. Namun, Perdana Menteri Israel Naftali Bennett menafikan kenyataan itu malah menuduh Shireen mungkin terbunuh akibat tembakan sesat penduduk Palestin.

“Kami mahukan jawapan, dan kami perlu memastikan bahawa jawapan ini adalah tepat, bahawa ia telus dan ia tepat pada masanya,” kata Andre yang mengetuai surat kongres kepada Al-Jazeera dalam temubual pada hari Khamis.

Tambahnya lagi, surat yang masih beredar di Capitol Hill untuk mendapatkan sokongan itu telah mempunyai lebih 55 penandatangan bersama, dikatakan jumlah itu dikira besar.

“Jabatan Negara menyifatkan pembunuhannya sebagai penghinaan terhadap kebebasan media. Sebagai negara demokrasi yang terkemuka di dunia, kami bertanggungjawab untuk melindungi akhbar bebas, bukan sahaja di negara

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: