Tempatan

Perlembagaan Jaga Sekolah Cina, Tuntutan Hua Zong Melampau – Dr Ahmad Murad Merican

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2021 – “Orang Melayu sendiri tidak pernah desak mahu ubah atau pinda Perlembagaan…ini tindakan sangat melampau,” kata Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, (ISTAC-IIUM).

Ujar beliau, jika dilihat dengan teliti, tuntutan Hua Zong supaya kerajaan meminda Perlembagaan dalam usaha menjaga sekolah vernakular seolah-olah cubaan untuk mengubah sejarah negara ini.

Tindakan ini sekaligus boleh menggugat perpaduan penduduk berbilang bangsa di Malaysia.

“Kenapa mahu pinda dan tunduk dengan permintaan mereka, sedangkan sistem pendidikan di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) berlawanan dengan sistem pendidikan negara,” tegas Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican lagi.

“Sepatutnya mereka yang patuh dan akur dengan sistem pendidikan kita.”

Berikutan perkara ini, beliau berharap kerajaan segera menyelesaikan isu sekolah vernakular dan mewujudkan sekolah satu aliran demi menjamin perpaduan kaum yang lebih utuh.

“Ini melibatkan isu negara dan harus ingat kemantapan sesebuah negara sebenarnya bergantung kepada sejarah,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: