Tempatan

CPTPP Genosid Peniaga & Penternak Tempatan!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Januari 2023 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menegaskan CPTPP sebagai satu genosid ke atas peniaga dan penternak tempatan.

“Jika CPTPP kekal terlaksana 2023 ini, tak mustahil golongan petani, penternak bakal dianak tirikan di negara sendiri, malah lebih sadis akan gulung tikar selamanya!” kata PEMBELA dalam satu kenyataan di Facebook.

BACA JUGA: Teks Perlembagaan BM: Tidak Sah Tanpa Persetujuan Sabah, Sarawak – Wilfred Madius Tangau

BACA JUGA: “It’s just kissing”, Pengasas Bersama Undi18 Pertahan Filem “Pulau”

BACA JUGA: Krisis Telur Berbulan-Bulan, Adakah Ayam Malaysia Sudah ‘Mandul’? – PPIM

Kata NGO itu, jika CPTPP dikuat kuasa, usahawan tempatan bakal gulung tikar! Apabila CPTPP berkuat kuasa, pelabur-pelabur luar bebas untuk membekalkan perkhidmatan dan produk kepada agensi-agensi Kerajaan dan tiada keutamaan yang boleh diberikan oleh Kerajaan kepada usahawan tempatan.

Bukan itu sahaja, lambakan produk import juga boleh ‘bunuh’ pengeluar dan peniaga tempatan disebabkan kemasukan barangan import tidak dikawal ketat. Apabila perkara ini berlaku, semua keperluan pengguna akan bergantung kepada negara luar.

Malah, menurut PEMBELA, Kerajaan sudah tidak boleh mengawal harga dan bekalan dengan berkesan untuk memenuhi keperluan rakyat jika CPTPP dilaksanakan.

“Kita hanya boleh terima sahaja apa pun harga yang diletakkan oleh pembekal dari negara luar.”

Justeru, “Ayuh bersama-sama kami menentang pelaksanaan CPTPP, jangan biar sejarah ‘Perjanjian Pangkor 2.0’ kembali berulang!” tegas PEMBELA.

Susulan isu CPTPP ini, satu memorandum bantahan akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh gabungan NGO pada jam 11.30 pagi hari ini bertempat di Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: