Antarabangsa

Zionis Haram Setuju Hentikan Serangan 4 Jam Setiap Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 10 November 2023 – Rejim Zionis Israel dilaporkan bersetuju untuk menghentikan serangan selama empat jam setiap hari di utara Gaza, ujar jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby.

Menurutnya, tempoh itu akan diumumkan rejim haram sekurangnya-kurangnya tiga jam lebih awal dan pendudukan haram memberitahu bahawa tiada operasi ketenteraan berjalan sepanjang tempoh tersebut bermula semalam.

Kirby juga menjelaskan bahawa tiada gencatan senjata antara tentera haram Israel dan pejuang Hamas kerana dikatakan akan membantu kumpulan pejuang Palestin ‘menghalalkan apa yang mereka lakukan’ pada 7 Oktober lalu.

Jurucakap tentera haram, Richard Hecht turut menegaskan, “Tiada gencatan senjata, saya ulangi tiada gencatan senjata. Apa yang kami lakukan, empat jam itu adalah taktikal, jeda tempatan untuk bantuan kemanusiaan.”

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan 10,812 rakyat Palestin di Gaza terbunuh termasuk 4,412 kanak kanak, 2,918 wanita dan 667 warga emas. Manakala seramai 26,905 lagi cedera akibat pengeboman Israel terhadap wilayah tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: