Tempatan

Runsing Subsidi Dihapuskan, Rakyat Mula Pembelian Panik Minyak Masak Botol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 23 Jun 2022 – Susulan tindakan Kerajaan menghapuskan subsidi mulai 1 Julai 2022, ramai rakyat di bandar ini mula membuat pembelian panik minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg).

Malah tinjauan di beberapa pasar besar sekitar mendapati ada di kalangan mereka yang membeli antara dua hingga tiga botol setiap seorang.

Situasi ini ternyata mencetuskan kebimbangan semua pihak terutamanya Mas Imran Adam, Pengurus Besar Econsave yang berpendapat tindakan tersebut akan menyebabkan stok kategori berkenaan semakin berkurangan.

Menurut beliau, pihaknya bercadang untuk membuat permohonan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor bagi mengehadkan pembelian minyak botol kepada setiap pengguna bagi memastikan bekalan minyak botol tidak kehabisan.

“Pembekal juga memaklumkan mereka juga tidak mempunyai stok bekalan minyak botol yang banyak ketika ini apabila pesanan dibuat,” tambah beliau lagi.

Samudera.my sebelum ini pernah melaporkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan punca subsidi dimansuhkan adalah demi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga barangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: