Antarabangsa

Pemimpin ‘Liberal’ Bakal Terajui China?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 16 Oktober 2022 – Sebuah laporan antarabangsa telah mengetengahkan spekulasi bahawa pucuk kepimpinan China berkemungkinan diterajui oleh Wang Yang sebagai Perdana Menteri. Beliau merupakan seorang pemimpin China yang dikatakan cenderung kepada dasar liberal.

Menurut laporan tersebut, Wang Yang telah membenarkan pemimpin protes pada tahun 2011 untuk bertanding dalam pilihan raya kecil. Protes tersebut tercetus susulan tindakan kerajaan China yang ingin merampas beberapa tanah penduduk di kawasan perkampungan Wuban ketika itu.

Namun, langkah-langkah yang dianggap liberal tersebut telah dihapuskan oleh Wang Yang setelah Xi Jinping menduduki kedudukan tertinggi di China sedekad lalu.

Wang juga telah mendapat jolokan sebagai “pemimpin paling liberal” yang ada di China oleh pakar.

“Tanpa ragu, dia yang paling liberal dalam Politburo (jawatankuasa pembuat dasar Parti Komunis China, CCP),” ujar Profesor Willy Lam, pakar politik China di Hong Kong Chinese University.

Wang merupakan antara calon utama yang diramalkan bakal menggantikan Li Keqiang, Perdana Menteri China kini, apabila Li Keqiang meninggalkan jawatannya itu pada bulan Mac nanti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: