Tempatan

Banjir: Sekolah Terkesan Disyorkan Mohon Cuti Bencana

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 21 November 2023 –  Sekolah-sekolah yang terkesan dengan banjir disyorkan agar mengambil cuti bencana, kata Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPNT, Azman Othman @ Abdullah berkata, tindakan itu diambil bagi menjaga keselamatan murid dan warga sekolah.

“Kita sudah meminta semua pengurusan sekolah, terutama yang terbabit dengan banjir, memohon cuti bencana.”

“Cuti bencana kepada pengurusan sekolah yang terpaksa ditutup disebabkan laluan dinaiki air semakin bertambah, berbanding hanya lima sekolah, semalam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, cuti ini juga akan dipertimbangkan kepada pengurusan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, pengurusan sekolah yang bilik darjahnya banyak digunakan untuk menempatkan mangsa banjir boleh dipertimbangkan untuk mengambil cuti itu.

Sehingga hari ini, sebanyak 22 sekolah ditutup sementara selepas dinaiki air dan dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) sejak gelombang pertama banjir di negeri ini bermula semalam.

Jelasnya, sebanyak 13 sekolah ditutup kerana banjir di empat daerah dan sembilan sekolah pula ditutup kerana dijadikan PPS di tiga daerah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: