Antarabangsa

Kabinet Sri Lanka Setuju Status ‘Negara Berpendapatan Rendah’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

COLOMBO, 12 Oktober 2022 – Kabinet Sri Lanka bersetuju untuk menurunkan taraf status ekonomi negara itu kepada ‘negara berpendapatan rendah’ bagi mendapatkan akses kepada pembiayaan konsesi daripada organisasi antarabangsa, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Hal ini dipercayai berlaku susulan daripada ekonomi Sri Lanka yang mengalami kemerosotan dan menyusut teruk kepada 8.4 peratus pada suku Jun di mana ia merupakan satu penurunan yang paling teruk bagi suku tahunan.

Bukan itu sahaja, menurut Bank Dunia, catatan per kapita Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu turut meletakkannya dalam kategori ekonomi pertengahan rendah iaitu sebanyak AS$3,815 (RM 17, 823).

“Memandangkan krisis kewangan yang serius dihadapi oleh Sri Lanka, wakil pertubuhan antarabangsa telah memaklumkan kepada kami bahawa jika Sri Lanka dikategorikan sebagai negara berpendapatan rendah, akses kepada pembiayaan akan menjadi lebih mudah,” kata jurucakap kabinet, Gunawardane.

Negara yang dihuni oleh 22 juta penduduk itu menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan pada tahun 1948 susulan daripada pandemik COVID-19 yang menjejaskan ekonomi negara tersebut.

Pandemik itu sekali gus menyebabkan kekurangan dolar yang teruk untuk membayar pengimportan makanan, bahan api, ubat-ubatan diikuti kejatuhan nilai Rupee disebabkan inflasi yang berterusan.

Julai lalu, Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe telah mengisytiharkan bahawa negaranya telah bankrap susulan krisis kewangan terburuk dalam tempoh tujuh dekad itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: