PRU-15

BN Mohon Tangguh Mengadap Agong Pagi Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Barisan Nasional (BN) dilaporkan memohon penangguhan sembah mengadap yang dititahkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 10:30 pagi ini.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan perkara tersebut bersama Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

“Kalau boleh, kami ingin menangguhkannya untuk mempertimbangkan beberapa isu. Setiausaha Agung Umno sudah memaklumkan (istana).”

Tambah Datuk Chong Sin Woon, BN juga masih kekal dengan pendirian dibuat sebelum ini untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk Kerajaan.

Seri Paduka Baginda semalam menitahkan 30 orang ahli Dewan Rakyat daripada BN untuk sesi mengadap secara individu pagi ini di Istana Negara.

“Ia bertujuan supaya Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan Istana Negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: