Tempatan

Tarikh PRU Ditentukan Malam Ini?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 September 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri dan ‘Top Five’ UMNO dijangka akan membincangkan dan menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) malam ini.

Penetapan itu akan dibuat sewaktu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini. Selain itu, mesyuarat itu juga akan membincangkan tentang pembubaran Parlimen.

‘Top Five’ UMNO merujuk kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Perdana Menteri sendiri.

Awal September lalu, portal tempatan melaporkan bahawa Dato’ Sri Ismail Sabri memberi bayangan bahawa tarikh PRU-15 sudah dekat.

Dalam laporan berlainan, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Rakyat dilaporkan akan berlangsung selama 32 hari, bermula 3 Oktober hingga 29 November, dengan tumpuan utama pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini.

Dengan perubahan tarikh mesyuarat itu, timbul spekulasi menyatakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan lebih awal, mungkin November ini selepas pembentangan Bajet 2023 diluluskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: