Tempatan

Kes Pembunuhan CEO Cradle Fund: Proses Rayuan September Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 30 Ogos 2022 – Pengurusan kes bagi rayuan ke atas Samirah Muzaffar dan dua remaja oleh pihak pendakwaan akan diadakan pada 5 September ini, menurut sebuah laporan portal tempatan.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jun lalu yang membebaskan ketiga-tiga orang tertuduh tersebut dari dakwaan mengakibatkan kematian Ketua Pengurus Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Samirah, yang merupakan isteri kepada Nazrin Hassan, berserta dua lagi remaja (berumur 16 dan 19 tahun) dibebaskan oleh YA Ab Karim Ab Rahman, hakim Mahkamah Tinggi, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan tersebut pada 23 Jun lalu, dua hari setelah tertuduh dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Samirah berserta dua orang remaja tersebut turut memfailkan rayuan bagi mencabar beberapa hasil dapatan mahkamah, seperti dapatan bahawa kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin telah dilakukan dirancang dengan rapi.

Samirah, dua remaja dan seorang warganegara Indonesia yang sehingga kini masih bebas telah didakwa atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund pada Jun 2018, bertempat di sebuah rumah di Mutiara Damansara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: