Antarabangsa

Rakyat Palestin Tetap Pertahan Tanah Air, Takkan Terima Penempatan Semula Atau Tanah Alternatif

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 21 Oktober 2023 – Rakyat Palestin tekad mempertahankan tanah airnya dan tidak akan menerima sebarang penempatan semula atau tanah air alternatif, tegas Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Beliau telah mengeluarkan amaran keras terhadap kekejaman berterusan rejim zionis Israel terhadap rakyat Gaza.

Ujarnya, “Apa yang berlaku di Gaza akan membawa kepada perang serantau, yang tidak dapat dikawal oleh musuh dan sekutunya. Kesinambungan kekejaman musuh terhadap penduduk Gaza akan mengganggu semua persamaan di Palestin dan rantau ini.”

Mengenai tahap pencerobohan Israel, Ismail Haniyeh berkata, tindakan musuh ‘meratakan’ seluruh daerah dan menggunakan senjata terlarang fosforus putih ke atas wilayah Gaza ‘sekali lagi membuktikan sifat Nazi’ rejim pendudukan.

Dedah beliau, matlamat rejim adalah untuk ‘mencabut’ penduduk Gaza dan Tebing Barat sekali gus menempatkan mereka di Mesir dan Jordan.

Sementara itu, merujuk kepada lawatan pegawai Amerika dan Eropah ke wilayah yang diduduki baru-baru ini, Ismail berkata ianya bertujuan untuk menguatkan ‘tentera Zionis yang pengecut dan masyarakat Israel yang hancur berkecai’ akibat dari Operasi Taufan Al-Aqsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: