Tempatan

Selepas Menu Rahmah, Kerajaan Bakal Pertimbang ‘Pasar Raya Rahmah’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Mac 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mempertimbangkan cadangan bagi mewujudkan pasaraya mampu milik kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

BACA JUGA: Kaji Semula Cuti Sakit: Kita Manusia, Bukan Mesin – J Solomon

BACA JUGA: Perlembagaan Iktiraf, Hak, Keistimewaan, Perogatif & Kuasa Raja Melayu

BACA JUGA: Sayur Tanah Tinggi Dijangka Berkurangan Hingga 15%

“Tentang jangka panjang Yang Berhormat, saya telah mula berfikir, sekiranya syarikat-syarikat hypermarkets ini yang bukan sahaja dalam negeri tetapi multinasional seperti Lotus juga Aeon Big ini, kenapa tidak kita cuba untuk mewujudkan supermarket untuk mampu milik?” cadang beliau sambil mengambil contoh sebuah pasaraya luar negara yang mengamalkan konsep tersebut yang pernah dikunjungi beliau suatu ketika dahulu.

“Kerana kadang-kadang Yang Berhormat, barang-barang ini yang mahal adalah jenama, tapi kualiti itu tetap sama. Jadi mereka buat hypermarkets bagi golongan yang memerlukan. Jadi pelanggannya dan keuntungannya juga amat orang kata menggiurkan untuk kita turut serta.”

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa akan ada lagi sesi libat urus dan beliau turut mencadangkan agar mereka yang berkemampuan untuk turut serta melabur dalam pasaraya mampu milik itu agar rakyat dapat menikmati manfaatnya.

“Saya akan adakan lagi sesi libat urus. Kita ramai billionaire dalam negara dan mengapa tidak mereka melabur dalam pasaraya ini yang dilihat dapat memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam Sidang Parlimen di Dewan Rakyat pagi ini ketika menjawab kepada soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu sama ada Kerajaan akan meneruskan program Jualan Rahmah yang memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan memerlukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: