Terkini

Vaksin : Dua Mati Di India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI – Kerajaan India memaklumkan terdapat dua kematian berlaku selepas program pemvaksinan dijalankan.

Namun, Kementerian Kesihatan India mendakwa, kematian kedua-dua mangsa adalah disebabkan penyakit yang dihidapi mereka.

“Salah satu kematian berpunca daripada penyakit kardiopulmonari dihidapi mangsa yang berumur 52 tahun, bukan kerana suntikan vaksin.”

“Manakala bedah siasat yang dilakukan ke atas seorang lagi mangsa berumur 43 tahun yang terkena serangan jantung,” dakwa kementerian itu.

Setakat ini, kerajaan India telah menerima sebanyak 580 laporan dari individu yang mengalami gejala membimbangkan sepanjang tempoh 3 hari pemvaksinan dijalankan.

Menteri Kesihatan India, Satyendar Jain akur dengan penolakan dan ketakutan rakyat untuk divaksin. Apatah lagi pemvaksinan ini adalah secara sukarela.

“Sesetengah dari mereka membuat keputusan untuk tidak datang pada saat akhir (untuk divaksin). Program pemvaksinan ini adalah secara sukarela. Kami tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk mengambil suntikan vaksin walaupun individu tersebut telah mendaftar.”

Pakar-pakar kesihatan China sebelum ini menggesa semua negara untuk menggantung penggunaan vaksin susulan laporan kematian pasca pemvaksinan di Norway.


Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: