Tempatan

Ekonomi Islam Malaysia Kekal Tempat Teratas – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 September 2022 – “Malaysia berjaya mengekalkan tempat teratas dalam industri halal, selama tempoh sembilan tahun berturut-turut di peringkat antarabangsa,” kata Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sewaktu merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-18 (MIHAS 2022) baru-baru ini.

Pencapaian ini berdasarkan ‘Petunjuk Ekonomi Islam Global 2022’, menandingi 81 negara lain.

“Petunjuk Ekonomi Islam Global ini turut meramalkan bahawa pasaran halal akan berkembang daripada RM8.8 trilion (AS$2.09 trilion) seperti yang dilaporkan tahun lepas kepada hampir RM14 trilion (AS$3.27 trilion) menjelang 2028.”

Tambahnya, bagi terus mengukuhkan industri halal negara, beberapa inisiatif turut dilaksanakan bagi memudahkan pertumbuhan industri itu di Malaysia seperti penubuhan Halal Malaysia Industrial Parks yang menjadi Hab Halal dunia terbesar.

Setiap Taman Halal ini menawarkan fasiliti infrastruktur yang bertaraf dunia, tenaga kerja berkemahiran, kemudahan menjalankan perniagaan, akses mendapatkan ramuan halal, serta insentif menarik daripada Kerajaan.

Sehingga kini, 295 syarikat telah beroperasi di 22 Taman Halal di seluruh Malaysia, termasuk 42 syarikat multinasional.

“Taman Halal juga sudah menarik jumlah pelaburan terkumpul lebih daripada RM16 bilion, di mana RM9.5 bilion atau 59 peratus dari jumlah ini adalah pelaburan langsung asing (FDI),” kata Ismail Sabri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: