Antarabangsa

Dokumen Buktikan White House Tekan Facebook Untuk Tapis Konten

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 28 Julai 2023 – Beberapa buah dokumen dari Facebook telah mendedahkan bahawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memberi tekanan kepada platform media sosial terbesar tersebut untuk menapis komen-komen pengguna.

Tindakan tersebut mengandungi kemungkinan bahawa ianya telah melanggar hak-hak perlembagaan rakyat AS untuk mengamalkan kebebasan bersuara.

BACA JUGA: Pilihan Raya: Bayaran Tiket Bas, Ole-Ole, Satu Kesalahan – SPRM

BACA JUGA: PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM

BACA JUGA: KTM Perkenal Sistem Baharu, Jualan Tiket Setiap 30hb

Dokumen-dokumen tersebut telah diperolehi oleh Pengerusi Komiti Badan Kehakiman AS, Jim Jordan sewaktu beliau dan beberapa orang panel lain sedang menjalankan penyiasatan bagi dakwaan “persenjataan” kerajaan.

Dokumen tersebut membuktikan bahawa Facebook dan Instagram telah menyekat banyak hantaran dan menukar polisi pertengahan mereka kerana menerima “tekanan yang tidak berperlembagaan daripada White House (pentadbiran) Biden, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Jordan pada Khamis lalu.

Antara bukti yang dipetik oleh ahli parlimen tersebut ialah sebuah email pada April 2021 di mana ianya dihantar oleh seorang pekerja Facebook kepada eksekutif tertinggi Mark Zuckerberg dan Sheryl Sandberg yang menyatakan,

“Kami sedang berhadapan dengan tekanan berterusan daripada pemegang taruh luaran, termasuk White House dan wartawan bagi membuang lebih banyak konten yang tidak menggalakkan vaksin Covid-19.”

Email tersebut turut menyatakan bahawa White House telah menekan mereka agar menyekat kandungan meme yang bersifat jenaka yang membawa mesej bahawa suntikan vaksin tersebut mungkin tidak selamat.

Dalam tempoh yang sama juga, Presiden Facebook Bagi Hal Ehwal Global, Nick Clegg telah menghantar sebuah pesanan memaklumkan kepada rakan sekerjanya bahawa Andy Slavitt, seorang penasihat senior bagi Biden dalam polisi COVID-19 sedang “sangat marah” kerana platform tersebut sewaktu itu masih tidak menyekat meme yang bersifat anti-vaksin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: