Tempatan

Malaysia Bukan El Dorado Sampai Terdesak Bawa Masuk 10 Ribu Buruh – P Ramasamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 September 2022 –Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor Dr P. Ramasamy mengkritik keputusan Kerajaan yang bakal membawa masuk 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka dengan mengatakan bahawa Malaysia bukan lagi El Dorado untuk pekerja asing.

“Tindakan terdesak untuk membawa masuk buruh dari Sri Lanka adalah petunjuk bahawa kita telah mengecewakan majikan dan syarikat. Apakah jaminan bahawa 10,000 pekerja Sri Lanka akan berpusu-pusu ke Malaysia?” soal Ramasamy.

Menurut sisi pandang Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu, masalah kepada pengambilan pekerja asing ini telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit di sektor swasta. Sektor pertanian sawit umpamanya, buah kelapa sawit dibiarkan rosak kerana tiada tenaga buruh yang mencukupi di ladang. Kos untuk memungut dan menghantar buah kelapa sawit telah melambung tinggi. Malah, beribu-ribu ekar tanah kelapa sawit terbiar kerana kekurangan tenaga buruh yang bertambah teruk. Harga buah kelapa sawit tinggi tetapi tiada penuai atau pekerja yang sedia ada untuk memungut hasil.

“Kerajaan mungkin benar-benar mengambil berat tentang kekurangan buruh, tetapi masalah sebenarnya dalam pelaksanaan proses pengambilan pekerja. Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab untuk memproses keperluan buruh tetapi kuasa untuk kelulusan akhir nampaknya terletak pada Kementerian Dalam Negeri. Kedua-dua kementerian tidak benar-benar melihat dan memerhatikan keperluan buruh berkenan apakah jenis permohonan yang boleh diluluskan untuk permit kerja dan lain-lain.”

Tambah Ramasamy dalam kenyataan Facebooknya, perkara ini jelas menjawab persoalan mengapa Kerajaan tiba-tiba berminat untuk membawa kira-kira 10,000 pekerja dari Sri Lanka. Bukan untuk menangani masalah buruh negara tetapi untuk membantu Sri Lanka dengan menyediakan pekerjaan kepada pekerjanya yang tiada pekerjaan memandangkan kelembapan ekonomi akibat krisis kewangan.

“Perlu disedari bahawa apa yang diumumkan oleh Kerajaan dan apa yang dilaksanakan adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang diumumkan tidak semestinya dilaksanakan. Sama seperti janji untuk membawa ribuan pekerja asing ke negara ini. Di sebalik ucapan yang hebat, aliran buruh tidak datang secara berterusan dari negara-negara seperti Indonesia, Bangladesh, India dan lain-lain.”

Dalam pada itu, Ramasamy turut memaklumkan, apa yang berlaku di lapangan adalah aliran buruh yang perlahan sehingga mengecewakan lebih 40,000 syarikat yang telah memohon buruh. Kementerian Sumber Manusia harus terbuka dan telus berkenan proses pengambilan buruh. Mereka tidak sepatutnya mengatakan sesuatu perkara dan melaksanakan sesuatu yang lain.

“Kerajaan daripada berjanji kepada majikan pembekal pekerja asing, sepatutnya memberitahu perkara sebenar mengapa kelewatan dan sebab di sebaliknya. Sekurang-kurangnya dengan bersikap terbuka dan telus, majikan akan bebas daripada terpedaya dengan janji-janji kosong yang dibuat oleh Kerajaan,” jelas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: