Tempatan

Harga Barangan Keperluan Diramal Naik Lebih 15% – Dewan Perdagangan Cina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2022 – Pengerusi Jawatankuasa PKS Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Koong Lin Loong meramalkan harga barangan keperluan seperti beras, minyak, garam dan teh serta makanan, pakaian, dan perumahan naik lebih 15 peratus selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, peningkatan harga tersebut adalah disebabkan kos pengangkutan naik mendadak berikutan pandemik COVID-19. Keadaan semakin memburuk apabila Shanghai melaksanakan perintah berkurung.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA) Tan Thian Poh berkata harga pakaian juga akan naik susulan peruncit dan pengilang terpaksa menaikkan harga akibat tekanan kos operasi.

“Kenaikan gaji minimum daripada RM1,200 ke RM1,500 bermakna kenaikan sebanyak 25 peratus. Semua pihak mengabaikan hakikat bahawa kenaikan ini juga bersamaan 36 peratus di Pantai Timur, yang sudah pasti meningkatkan kos perniagaan sebanyak 36 peratus,” Tan memberitahu The Malaysian Insight.

Tambahnya lagi, ringgit yang lemah juga mendorong perniagaan meningkatkan kos operasi sebanyak 30 hingga 40 peratus sepanjang tahun lalu di samping masalah kekurangan tenaga kerja.

“Jadi selepas raya nanti harga pakaian pasti naik, tak boleh elak.”

Perkara ini turut dipersetujui oleh Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin yang memaklumkan kenaikan ini tidak dapat dielakkan susulan kekurangan bahan mentah dan pelbagai faktor global.

“Pasaran biasanya kembali normal selepas cuti raya akibat jualan yang perlahan, tetapi tahun ini berbeza kerana banyak industri kekurangan pekerja serta peningkatan kos pengangkutan dan bahan mentah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: