Antarabangsa

“Saya Harap Lebih Ramai Muslim Mati'” Dua Masjid UK Terima Mesej Islamofobia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 26 Februari 2023 – Dua buah masjid di London telah menerima beberapa keping surat yang mana pengirimnya telah menzahirkan “kesedihan..kerana sepatutnya lebih banyak orang Islam mati” pada kejadian gempa bumi yang berlaku di selatan Turkiye dan sekitar Syria.

Surat yang ditujukan kepada “para penyembah yang percaya dengan agama Islam” itu turut menyatakan bahawa sepatutnya sekurang-kurangnya dua juta orang Islam patut mati”.

BACA JUGA: Tiada Tauliah, JAIS Batal Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus

BACA JUGA: Sedekad Terkandas, Pelarian Protes Dasar Australia Dengan Jahit Mulut Sendiri

Belanjawan 2023: Sumbangan Tunai Rahmah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

Penulis surat tersebut turut menunjukkan kebenciannya terhadap orang Islam dengan menyatakan bahawa,

“..saya tidak dapat menahan senyuman dalam melihat orang-orang yang terperangkap dikeluarkan dari runtuhan tersebut. Syukur kerana beberapa orang daripada mereka telah mati namun sayangnya ada juga yang masih hidup”.

Dalam menyatakan maklum balas terhadap surat tersebut, Pengerusi Masjid Ramadan, Erkin Guney menyatakan bahawa beliau berdoa agar individu di sebalik surat tersebut akan berjumpa dengan cinta.

Guney pada ucapan yang sama di Evening Standard turut menyatakan bahawa beliau sedih kerana pada tahun 2023 ini masih ada yang memiliki kebencian terhadap kemanusiaan.

Lebih dari 41 ribu mangsa telah terkorban dalam kejadian gempa bumi yang bermagnitud 7.6 dan 7.7 itu serta beberapa gempa susulan setelahnya. Kejadian ini telah disifatkan sebagai gempa bumi yang terburuk dalam 1 abad.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: