Tempatan

Presiden PAS Gesa DAP Jaga Sempadan Politik Ekstrem Terhadap Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Jun 2023 – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan sebuah kenyataan dengan mengatakan bahawa DAP perlu menjaga sempadan politik yang ekstrem terhadap Islam.

Penegasan itu dibuat menerusi kenyataan dalam sebuah ruangan Minda Presiden Pas yang bertajuk “Bukan Islam Tidak Selamat Kalau Melampau Terhadap Islam” yang dikeluarkan pada Rabu lalu.

BACA JUGA: Ibu Maisarah Mahu Akidah Islam Anak Kekal Terjaga

BACA JUGA: Kerajaan Sasar Tutup 300 Tapak Pelupusan Sampah Haram

BACA JUGA: 20 Nelayan Vietnam Ditahan, Ceroboh Perairan Negara

Menurut Hadi Awang, golongan yang merbahaya adalah kelompok bukan Islam yang melampau menguasai ekonomi secara liberal, yang mana mereka menekan serta memintas perjalanan ekonomi orang Islam dan Bumiputera.

Menurutnya lagi, kelompok bukan Islam yang ekstrem itu juga turut berusaha dalam menjatuhkan golongan korporat Melayu sehinggalah golongan peniaga kecil.

Menurutnya lagi, “Selain itu, mereka juga mewujudkan kartel-kartel dan penyumbang rasuah paling besar yang menyebabkan kemusnahan politik dan ekonomi serta penindasan terhadap rakyat tanpa mengira kaum”.

Dalam kenyataan yang sama juga Hadi Awang turut menyatakan bahawa kelompok ekstrem itu kini bergerak ke arah politik dan penguasai para pengundi dalam pilihan raya dengan menggunakan pendekatan mendekati parti Melayu.

Selain itu, pendekatan lain yang turut digunakan oleh kelompok ekstrem itu adalah menubuhkan parti yang berwajah Islam dalam usaha memecahkan pengundi Melayu dan Islam.

Dalam kenyataan yang sama juga, beliau turut menasihati kaum bukan Islam di negara ini agar tidak bersama dengan parti yang melampau kerana tindakan tersebut hanya akan merosakkan kedudukan mereka sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: