Tempatan

AWAS! Hujan & Ribut Petir Bakal ‘Langgar’ Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2023 – Beberapa buah negeri di Malaysia diramalkan bakal ‘dilanggar’ hujan dan ribut petir selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pagi ini, negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah (WP Labuan, Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Tawau dan Sandakan) dan Sarawak (Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) akan dilanda hujan dan ribut petir.

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram

BACA JUGA: Muat Naik Rakaman Dari Luar Negara, JAINJ Sukar Tangkap Pengikut Si Hulk

BACA JUGA: 9 Hilang, Kapal Kargo Terbalik

Pada waktu petang, negeri Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak juga akan berdepan dengan fenomena sama.

Namun, pada waktu malam, METMalaysia meramalkan tiada hujan akan melanda negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa tempat di Sarawak.

21-julai.jpg?resize=780%2C539&is-pending-load=1#038;ssl=1

Untuk 22 Julai 2023, METMalaysia meramalkan semua negeri akan dilanda hujan dan ribut petir pada waktu pagi kecuali Kelantan, Terengganu, Pahang, Sandakan dan Sarawak (Kuching, Serian dan Kapit).

Ramalan cuaca pada waktu petang 22 Julai 2023 (Sabtu) pula menyatakan, ribut petir dan hujan akan melanda negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan) dan Sarawak (Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang).

Cuaca di Kudat pula diramalkan dalam keadaan berangin pada waktu petang hari sama.

Pada waktu malam pula, negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat) akan mengalami fenomena hujan dan ribut petir.

22-julai.jpg?resize=780%2C527&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pada 23 Julai 2023 (Ahad), METMalaysia meramalkan negeri Perak dan Sabah (kecuali di beberapa kawasan) akan dilanda hujan dan ribut petir daripagi hingga malam.

23-julai.jpg?resize=780%2C531&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: