Tempatan

KKM Nafi Kes COVID-19 Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 01 Disember 2023 – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kes COVID-19 melonjak seperti yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

KKM dalam satu kenyataan berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke wad hanya sekitar dua ke tiga peratus manakala tiada kejadian wad penuh bagi kemasukan pesakit COVID-19 di hospital telah dilaporkan,” katanya di Facebook rasmi KKM.

Justeru, KKM menggesa orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan mesej yang ditularkan secara berantai kerana tidak diketahui sumber kesahihannya dalam media sosial.

“Rujuklah portal KKMNOW di data.moh.gov.my untuk mendapatkan status semasa kes COVID-19 bagi memperjelaskan mengenai situasi sebenar,” katanya.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp satu mesej kononnya kes jangkitan COVID-19 meningkat dalam tiga minggu kebelakangan ini dengan strain berbeza daripada jenis Omicron yang kebanyakannya mengakibatkan demam, sakit tekak, batuk atau selsema ringan.

Menurut dakwaan yang tular itu, satu daripada tujuh pesakit mendapat jangkitan pada paru-paru sehingga memerlukan bantuan pernafasan dan kebanyakkannya daripada golongan yang berumur.

Dalam mesej sama, mesej tersebut turut mendakwa terdapat wad COVID-19 yang kosong dalam sekelip mata penuh dengan pesakit dan jika ia berlarutan bekalan ubatan untuk merawatnya mungkin kehabisan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: