Tempatan

Johor Bakal Perkenal Khutbah Jumaat Mesra OKU

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISKANDAR PUTERI, 16 Februari 2024 – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor, YB Mohd Fared Mohd Khalid telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan penyampaian khutbah Jumaat mesra Orang Kurang Upaya (OKU) bagi kategori pekak dan bisu di masjid dan surau Jumaat.

Memetik kepada laporan media negeri berkenaan, rancangan tersebut dijangka akan bermula pada bulan Ramadan tahun ini.

Jelas beliau, inisiatif tersebut bertujuan untuk membolehkan komuniti berkenaan memahami isi kandungan khutbah yang disampaikan.

Dua kaedah yang dipertimbangkan bagi pelaksanaan inisiatif tersebut adalah dengan menyiarkan rakaman jurubahasa isyarat yang direkod lebih awal atau memaparkan teks khutbah untuk pembacaan golongan OKU yang pekak dan bisu.

Selain itu, ruangan khas untuk golongan terbabit turut akan disediakan berhampiran dengan layar skrin putih atau televisyen pintar, dengan sasaran sekurang-kurangnya sebuah masjid di setiap daerah pada peringkat awal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: