Tempatan

Monopoli Tiket Umrah, MOTAC Nafi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PUTRAJAYA, 03 Februari 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan dakwaan wujudnya monopoli tiket penerbangan umrah kepada beberapa agensi tertentu.

Dalam sebuah siaran media respon terhadap isu tersebut, MOTAC memandang serius terhadap dakwaan itu yang telah menyekat peluang syarikat dan individu lain untuk mendapatkan tiket bagi menunaikan ibadah umrah.

Pada masa sama, terdapat dakwaan mengatakan bahawa sebahagian besar tiket penerbangan umrah dijual kepada jemaah negara lain. Situasi berkenaan dikatakan menjadi punca tidak langsung kenaikan kos pakej umrah sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, MOTAC telah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Suruhanjaya Persaingan (MYCC), Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AMAL by Malaysia Airlines (AMAL) Selasa lalu.

Ia turut dihadiri Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumitra (BUMITRA), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH).

AMAL, sebuah entiti yang bertanggungjawab menguruskan penjualan tiket umrah dalam negara juga menjual tiket penerbangan umrah kepada jemaah negara jiran, terutamanya Indonesia.

BACA JUGA: Saudi Seru Semua Bertanggungjawab Tamatkan Pendudukan Israel

BACA JUGA: Sejarah Hak Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu & Orang Melayu – Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu

BACA JUGA: Darjah Kenamaan Bukan Penentu Kejayaan Seseorang, Datuk Seri Mohamad Sabu

“Walau bagaimana pun, bilangan yang dijual kepada jemaah Indonesia ini hanyalah sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan kapasiti yang sedia ada. Manakala, baki 90% adalah ditawarkan kepada jemaah Malaysia yang mana masih mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah dan juga rakyat Malaysia,” jelas MOTAC.

Ahli mesyuarat juga berpendapat bahawa harga tiket umrah yang ditawarkan AMAL adalah pada kadar berpatutan dan munasabah.

Namun begitu, pihak AMAL diminta mengkaji semula keseragaman pembahagian tiket penerbangan bagi memastikan semua syarikat pengendali umrah tempatan yang dilesenkan oleh MOTAC mendapat peluang lebih terbuka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: