Antarabangsa

Negara Islam Digesa Berhenti Bantu Zionis Israel – Pemimpin Iran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEHRAN, 24 Januari 2024 – “Anda boleh berhenti membantu dan menyokong (Israel), anda boleh memutuskan hubungan politik dan ekonomi (dengan Israel),” tempelak pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Tegas beliau, “Ada perkara yang ada di tangan anda, tetapi anda tidak melakukannya. Apa itu? Memotong urat penting kepada rejim Zionis. Ini di tangan anda.”

Laporan juga menyebut, pemimpin Iran itu berkata, negara Islam menuntut gencatan senjata sedangkan mereka tidak mempunyai kawalan ke atas perkara tersebut.

Justeru, beliau menggesa negara Islam memutuskan ‘saluran penting’ Israel termasuk menghentikan saluran bekalan makanan dan bahan api ke negara haram itu.

Serangan pengeboman berterusan rejim Israel terhadap Gaza merupakan salah satu kempen ketenteraan paling dahsyat dan merosakkan dalam sejarahnya.

Zionis Israel telah membunuh lebih 25,000 rakyat Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran, selain turut mencetuskan ketegangan di Asia Barat yang berupaya mengancam untuk mencetuskan konflik lain luar rantau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: