Tempatan

Taman Rekreasi Ayer Panas Dijual Kepada Syarikat Swasta – Portal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2023 – Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas telah diambil alih oleh sebuah syarikat yang mencatatkan kerugian bersih RM231,000 bagi tahun kewangan berakhir Disember 2021 (FY21) walaupun mendapat bantahan penduduk berhampiran, dedah sebuah portal tempatan berbahasa Inggeris.

Menurut portal, satu sumber memberitahu mereka bahawa taman rekreasi itu telah dijual kepada syarikat swasta yang menyenaraikan perniagaannya sebagai syarikat induk dan bangunan kediaman.

BACA JUGA: Dunia Kini Dalam Era Panas Melampau – Setiausaha Agung PBB

BACA JUGA: Petrol Tak Turun Sebab Hutang Negara Besar, Bakal Jejas Inisiatif Rakyat Lain – Rafizi

BACA JUGA: BN Janji Majukan Kawasan Perkampungan Cina Hainan Jika Menang PRN

Dedah portal lagi, pihak mereka cuba menghubungi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengesahkan status taman itu sebagai taman awam yang diwartakan, saiz taman dan butiran jualan, namun, usaha mereka sia-sia.

“Difahamkan bahawa taman itu telah dibiarkan rosak, dengan pejabat pengurusan yang sebelum ini mempunyai kakitangan ditutup, hanya beberapa bulan sebelum papan tanda menyatakan bahawa ia kini berada di bawah pemilikan swasta dipasang,” kata portal.

Selain pihak DBKL, pihak portal juga cuba untuk berhubung dengan bekas ahli politik yang dipercayai berada di belakang syarikat itu dengan modal berbayar RM400,000, akan tetapi, usaha ini juga tidak berjaya.

“Kami masih merahsiakan nama pemaju sehingga komen diberikan,” kata portal lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: