PRU-15

PRU-15: Pasca Undi Awal, Parlimen Padang Serai Tak Perlu Tarikh Baru – Azalina Othman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 November 2022 – Ketua Pasukan Petugas Khas Demokrasi dan Undang-Undang Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan tiada keperluan untuk tarikh baharu atau penangguhan pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai.

Ia berikutan seorang calon yang bertanding di kerusi itu, M Karupaiya dilaporkan meninggal dunia.

Menurut Azalina, Peraturan 11 (6) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya boleh menetapkan tarikh baharu sebelum pengundian dimulakan sama ada melalui pengundian awal atau menjelang hari pengundian.

“Bagi kes Padang Serai, pengundian awal sudah pun bermula pada 7 November (undi pos) dan 15 November (undi awal) membabitkan polis, pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.”

“Ini menyebabkan desakan untuk menangguhkan pilihan raya Padang Serai tidak perlu,” katanya yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Pengerang, dalam satu kenyataan dikongsi di Facebooknya.

Jelasnya, undian awal bagi kerusi Parlimen itu tidak dapat ditarik balik, di samping tiada peruntukan undang-undang untuk penamaan calon baharu selepas pengundian bermula.

“Justeru, undian boleh diteruskan untuk Padang Serai pada 19 November (Sabtu ini) mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981,” katanya.

Karupaiya yang dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai bagi penggal keduanya, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kulim, Kedah semalam.

SPR juga dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan tarikh penting pilihan raya di Padang Serai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: