Tempatan

Tak Hormat Bahasa Melayu, Individu Bakal Didenda RM50,000, Dihukum Penjara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2022 – Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Pengerusi Jemaah Pengelola DBP berkata bahawa individu yang tidak menghormati Bahasa Melayu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 ataupun dihukum penjara.

Menurut beliau, kedua-dua hukuman ini dicadangkan melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 yang bakal dibentangkan bulan depan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Profesor Awang Sariyan berpendapat bahawa isunya di sini bukanlah tentang kesalahan ejaan mahupun tatabahasa tetapi mereka yang tidak menghormati bahasa Kebangsaan.

Justeru, usul pindaan ini bukanlah untuk menghukum tetapi bagi melahirkan semangat patriotisme dan cinta akan negara.

Supaya dapat menjalankan tugas sebagai penguatkuasa bahasa dengan lebih berkesan, beliau mencadangkan agar Akta Bahasa Kebangsaan di bawah seliaan Pejabat Perdana Menteri dipinda seiringan pindaan Akta DBP.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: