Tempatan

Dakwa Akses Laman Sesawang Malaysia Today Dihalang, Raja Petra Tempelak Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2023 – Penulis politik terkenal, Raja Petra Kamarudin yang juga merupakan penulis bagi laman Malaysia Today telah mengeluarkan kenyataan bahawa Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil adalah seorang hipokrit.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah akses ke Malaysia Today, sebuah laman web miliknya yang membincangkan tentang politik tempatan telah disekat.

BACA JUGA: Keselamatan & Kedaulatan Negara Dikompromi, Tiong Perlu Letak Jawatan – Hj Aminuddin

BACA JUGA: PAS Dakwa DAP Main Isu 3R, Gesa Kerajaan Adil Dalam Tindakan

BACA JUGA: AMARAN: Ribut Petir & Angin Kencang Bakal Badai Beberapa Negeri Sehingga Rabu

Raja Petra menyatakan bahawa sewaktu menjadi pembangkang, Fahmi sering melaungkan tentang kebebasan bersuara namun ketika menjadi Kerajaan, beliau menyekat Malaysia Today.

Raja Petra yang meninggalkan Malaysia pada tahun 2009 untuk mengelakkan daripada ditangkap di bawah Akta ISA telah menyatakan bahawa laman web beliau tidak dapat diakses oleh sebahagian besar pembacanya pada pertengahan bulan lalu.

Beliau seterusnya telah menyatakan kepada para pembaca laman webnya agar memasang beberapa alatan yang dapat memintas sekatan tersebut.

Beberapa ujian yang telah dilakukan mendapati bahawa laman web tersebut telah disekat oleh pengguna daripada dua penyedia internet di negara ini iaitu Maxis dan Celcom.

Fahmi sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan terhadap media serta mereka yang mengkritik polisi Kerajaan.

Raja Petra selanjutnya menyatakan bahawa Kerajaan hari ini kelihatan tidak begitu menghormati kebebasan, terutamanya kebebasan bersuara. Dalam kenyataan yang sama beliau turut mengatakan bahawa individu yang paling menentang kebebasan bersuara adalah Fahmi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: