Antarabangsa

Taufan Muifa Melanda Timur China, 1.6 Juta Penduduk Lari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHANGHAI, 16 September 2022 – Taufan Muifa membadai pantai timur China yang padat dengan penduduk buat kali kedua semalam, memaksa kira-kira 1.6 juta penduduk lari meninggalkan kediaman mereka.

Sekurang-kurangnya 426,000 orang telah dipindahkan di Shanghai dan 1.2 juta orang lagi telah dibawa ke tempat perlindungan sementara di wilayah Zhejiang yang berdekatan.

Menurut rekod, Muifa ialah taufan tropika terkuat yang melanda Shanghai sejak 1949 dan merupakan taufan ke 12 melanda China pada tahun ini.

Taufan itu membawa angin pada kelajuan sehingga 126 kilometer sejam (kmj), namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian ini turut menjejaskan jadual penerbangan apabila semua pesawat penumpang dibatalkan di dua lapangan terbang antarabangsa Shanghai.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Shanghai Airport Group memaklumkan bahawa ia akan mengumumkan penyesuaian jadual penerbangan di kedua-dua lapangan terbang kepada umum tepat pada masanya selaras dengan kesan taufan itu.

Kesan taufan itu dijangka berkurangan secara beransur-ansur dan dilaporkan sedang bergerak menuju lebih jauh ke bahagian utara pedalaman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: