Antarabangsa

Model Terkenal Perancis Bangga Peluk Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

ANKARA, 07 November 2022 – Marine El Himer, seorang model terkenal dan bintang realiti TV Perancis dalam satu hantaran di Instagram mengatakan bahawa beliau bangga dan gembira dapat memeluk Islam degan bebas.

“Ini adalah detik-detik yang menandakan hari paling bahagia dalam hidup saya. Tidak ada kata-kata yang cukup kuat untuk menyatakan perasaan bahagia dan emosi yang dirasai ketika ini. Perjalanan rohani ini saya harapkan akan terus menaikkan semangat dan membimbing saya, Inshaallah.”

Kenyataan itu dikeluarkan melalui satu hantaran lain yang memaparkan dirinya ketika berada di hadapan Kaabah.

Himer yang muncul dalam rancangan ‘Les Princes et les Princess de l’Amour’ (Putera Dan Puteri Cinta) menambah, keputusan ini adalah pilihan jiwa dan hatinya sendiri.

Laporan media memaklumkan, Himer yang selama ini telah dibesarkan oleh bapa tirinya menemui keindahan Islam semasa membuat kajian mengenai bapa kandung dan asal usul kelahiranya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: