Tempatan

Depresi Dikalangan Kakitangan Polis, Meragut 2 Nyawa Sejak Jan 2023 – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2023 – Kajian mendapati tekanan, status kesihatan dan persekitaran tempat kerja merupakan tiga faktor utama yang menyumbang kepada gangguan kesihatan mental melibatkan anggota polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata puncanya termasuklah kekecewaan dalam perhubungan dan masalah dalam penyesuaian di tempat baharu.

BACA JUGA: Didakwa Mengelirukan Dewan, Wan Fayhsal Mahu PM Dirujuk Jawatankuasa Khas

BACA JUGA: Tanah Rizab Melayu Berkurang Di 3 Negeri

BACA JUGA: Bantuan Khas Aidilfitri Buat Pesawah Dan Nelayan

“Selain itu, dia gagal untuk mengawal daya tindak diri, dia kesunyian akibat berjauhan daripada keluarga dan dia ada masalah perkahwinan,” katanya dalam Dewan Rakyat pada Khamis bagi menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH – Sri Gading) yang bertanya tentang faktor berlakunya gangguan mental melibatkan anggota polis.

Oleh demikian, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengkaji dari semasa ke semasa modul latihan kepada anggota dengan memperhebatkan lagi program yang ada.

Katanya, hal itu menjadi keutamaan bagi kementerian untuk menangani isu tersebut secara teliti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: