PRU-15

Kabinet Lebih Kecil Jika BN Menang – Ismail Sabri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA SELANGOR, 15 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjanjikan saiz Kabinet yang lebih kecil berbanding saiz yang sedia ada ketika ini sekiranya Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Saya hanya memberi jaminan bahawa saya akan mengecilkan Kabinet saya kerana Kabinet sekarang terlalu besar. Ini janji saya tetapi saya akan tentukan siapa menteri Kabinet.”

“Jadi kita kena menang dulu, kalau tak menang saya pun tak jadi Perdana Menteri. BN mesti menang dulu. Lepas BN menang inshaaAllah semua kepentingan mesti ada teknokrat,” jelas ahli BN itu selepas Program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Puncak Alam, semalam.

Beliau berkata, beberapa kementerian akan digabungkan agar dapat mengecilkan saiz Kabinet.

Acara itu turut dihadiri oleh Calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor iaitu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ismail Sabri turut meyakini bahawa Tengku Zafrul mampu memenangi kerusi Kuala Selangor dalam pilihan raya kali ini.

“Saya percaya mereka yang datang malam ini menunjukkan sokongan mereka kepada Tengku Zafrul dan saya yakin dia boleh menang di Kuala Selangor.”

“InshaaAllah, jika Tengku Zafrul menang, beliau akan berada dalam Kabinet, Kuala Selangor bertuah kerana mempunyai calon yang hebat, saya harap kita semua dapat menjadikan Tengku Zafrul sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor,” jelas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: