Antarabangsa

Normalisasi LGBT: Pondan Pimpin Budak Perempuan Menari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 5 JULAI 2022 – Telah tular baru-baru ini di Amerika Syarikat (AS), sebuah video yang menunjukkan seorang pondan yang sedang membuat pertunjukan tarian lucah sambil mengajarkan kepada seorang budak perempuan yang memakai tiara di sebuah bar di Miami.

Video tersebut memaparkan seorang penari pondan yang tidak dikenali membuat pergerakan-pergerakan tarian yang sinonim dengan unsur lucah serta LGBT di sebuah bar, dengan berpakaian G-string yang diisi dengan wang tunai serta mendedahkan sebahagian besar bahagian dadanya sambil memimpin tangan seorang budak perempuan.

Video berkenaan juga turut menunjukkan yang budak perempuan tersebut memegang wang tunai, yang dipercayai dikutip daripada para penonton yang berada di bar berkenaan.

Penglibatan budak perempuan berkenaan telah mengundang kemarahan sebahagian warga maya yang mana mereka telah menuntut supaya tindakan undang-undang diambil. Terdapat juga warga maya yang menuntut supaya Gabenor Florida, Ron De Santis mengambil tindakan menangkap pondan tersebut serta menutup premis yang mengadakan sesi pertunjukan itu.

R House Wynwood, bar yang menjadi hos bagi pertunjukan lucah tersebut adalah sebuah bar yang menyokong gerakan LGBT. Antara yang sering dipromosikan oleh pub tersebut adalah “drag extravaganzas” iaitu kumpulan menu yang bercorakkan LGBT beserta pertunjukan pondan LGBT.

Gejala pertunjukan drag pondan yang mensasarkan kanak-kanak, selain daripada program-program LGBT lain yang juga menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran seperti ‘drag queen story hours’ serta penonjolan pondan kanak-kanak seperti ‘Desmond is Amazing’ dan ‘Lactatia’ telah mendapat penentangan daripada ibu bapa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: