Antarabangsa

50 Tawanan Terbunuh Akibat Bom Israel Di Gaza – Abu Ubaidah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 27 Oktober 2023 – Kira-kira 50 orang tawanan Israel terbunuh akibat pengeboman rejim Zionis ke atas wilayah Semenanjung Gaza semalam.

Menerusi sebuah saluran Telegram, jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah berkata, “Briged Al-Qassam menganggarkan jumlah tahanan Zionis yang terbunuh di Semenanjung Gaza akibat pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai Zionis mencecah lebih kurang 50 orang.”

Sebelum ini, beliau memaklumkan, bilangan tawanan yang ditahan di Gaza adalah kira-kira 250 orang, di mana 200 daripadanya dipegang oleh Al-Qassam dan selebihnya dipegang oleh gerakan pejuang lain.

Beberapa hari lalu, Al-Qassam juga telah membebaskan 4 tawanan Israel di bawah keadaan kemanusiaan, dengan pengantaraan Qatar dan Mesir.

Setakat ini, dilaporkan, konflik Israel-Palestin yang bermula sejak 7 Oktober lalu telah mengorbankan seramai 7,028 rakyat Palestin termasuk 2,913 kanak-kanak dan 1,709 wanita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: