Tempatan

Raja-Raja Melayu Bertemu Jumaat Ini Bincang PM Ke-9 – Sumber

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2021 – Satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan Jumaat ini di Istana Negara bagi membincangkan mengenai pemilihan calon Perdana Menteri (PM) yang mempunyai sokongan majoriti.

“Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mempengerusikan mesyuarat pada Jumaat di Istana Negara pada jam 2.30 petang,” lapor akhbar The Star.

Menurut satu sumber, ada beberapa kes pada masa lalu, apabila ahli Parlimen diketahui memiliki lebih satu akuan bersumpah (untuk calon PM).

“Ia menyebabkan rakyat tidak lagi mempercayai dokumen ini. Justeru, Istana ingin menyelesaikannya dengan betul.”

“Agong bertindak tepat dengan meminta Ahli Parlimen menyatakan Perdana Menteri pilihan mereka kepada Baginda secara langsung.”

Ahli Parlimen diberi masa sehingga pukul 4 petang semalam untuk menyatakan secara bertulis kepada Istana Negara mengenai siapa yang disokong mereka sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Setakat semalam, Ismail Sabri dari UMNO dilaporkan memperoleh akuan bersumpah (SD) sebanyak 114 manakala Anwar Ibrahim pula memperoleh sokongan sebanyak 92 SD. ()

Istana Negara belum mengeluarkan apa-apa bentuk pengesahan mengenai jumlah sokongan yang diterima oleh mana-mana pihak.

Pada 17 Ogos baru-baru ini, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan bahawa Baginda dan Paduka Seri Sultan Perak telah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama di Istana Negara.

Ia bagi menyatakan pendirian untuk pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri dan seluruh jawatan Jemaah Menteri yang telah berkuat kuasa pada 16 Ogos, 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: