Tempatan

11 (4) Tidak Benarkan Dakyah Orang Islam. Tolong Hormat – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2023 – “Jadi oleh sebab itulah Majlis Agama dan pihak berkuasa agama mengatakan tak boleh guna. Please respect that. Sebab kita ada Perkara 11(4) iaitu tak dibenarkan doktrin-doktrin lain didakyahkan kepada orang Islam,” kata Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hishamuddin.

Mengulas mengenai isu penarikan balik rayuan kalimah Allah, beliau berkata, kalau kita lihat di luar sana, ada dua pandangan yang saling berlawan.

BACA JUGA: Allah Kita Tidak Beranak Dan Tidak Diperanakkan – Kamal Shukri MPM

BACA JUGA: Lapor Pusat Jagaan Tidak Berdaftar Pada JKM – SUHAKAM

BACA JUGA: GEMPAR! Kibar Bendera Palestin Bakal Dianggap Jenayah

“Akan ada yang bagi satu senarai, mereka yang mengatakan kalimah Allah boleh guna. Tuan-tuan puan-puan jangan keliru. Sebab apa, sebab setiap yang cakap tu, dia ada syaratnya. Syaratnya jangan disalah guna.”

Ujarnya, beliau kesal dengan golongan Muslim yang membenarkan bukan Muslim untuk menggunakan kalimah Allah.

“Untuk umat Islam yang kita kesal kerana awak membenarkan non-Muslim mensyirikkan Allah. Saya, peribadi, tak redha. Saya tak redha dalam hati saya. Jadi saya nak tanya kepada MP dan pihak berkuasa yang meluluskan hal ni, menjawablah awak dengan Allah.”

Berkata lanjut, Mahmud memaklumkan, bagi pihak PEMBELA, saya difahamkan bahawa peguam-peguam Muslim akan mengadakan perjumpaan mengenai hal kalimah Allah kerana ada satu pandangan mengatakan bahawa perintah Mahkamah telah melanggar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila dah berlaku begitu, keputusan Mahkamah ini boleh dicabar kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan, iaitu Perkara 11(4),” ujarnya dalam sidang media PEMBELA pada Selasa lalu di bawah isu ‘NGO Islam Bantah Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: