PRU-15

Sah! Anwar Ibrahim Kini Perdana Menteri Ke-10

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, menerusi kenyataan media daripada Istana Negara.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara.

Titah Seri Paduka Baginda, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan landskap ekonomi dan pembangunan negara.

Seri Paduka Baginda turut bertitah agar ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat untuk mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: