Antarabangsa

Majlis Persandingan Di Kubur Tarik Perhatian Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 07 Julai 2022 – Sebuah majlis persandingan yang dilakukan di negara jiran mengundang perhatian pengguna laman media sosial kerana pelamin majlis tersebut didirikan betul-betul berhadapan dengan perkuburan.

Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok namun sudah dipadamkan, kelihatan sebuah pelamin tersergam indah, namun betul-betul berhadapan dengan tangga menuju pelamin tersebut terdapat sebuah kubur kecil.

Kamera rakaman kemudiannya beralih menunjukkan keadaan sekeliling di mana kelihatan kubur-kubur lain dan batu nisan di kawasan berkenaan. Walaupun di tanah perkuburan, majlis tersebut lengkap dengan pentas ala persembahan dan dibanjiri manusia yang membantu menguruskan majlis.

Video tersebut telah mendapatkan pelbagai komen dalam kalangan pengguna laman sosial berkenaan.

“Yang di atas tersenyum gembira, yang di bawah menangis tak terkira,” ujar seorang pengguna.

“Wahai manusia hargailah dan hormatilah rumah saudara kita yang sudah tiada, bagaimanapun itu tempat tinggal saudara kita. Jika kamu tak boleh kirimkan doa tapi jagalah rumahnya,” tambah pengguna yang lain pula.

Dalam sebuah hantaran lain, individu yang memuat naik video asal majlis tersebut mendakwa majlis persandingan tersebut terpaksa diadakan di atas tanah perkuburan kerana kawasan tersebut amat sempit.

“Di sana memang lokasinya sangat sempit, hampir tidak ada halaman rumah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, penduduk kawasan berkenaan hampir tidak pernah menyewa kawasan acara, barangkali kerana kekurangan bajet.

“Dan untuk orang di sekitar sana memang hampir tidak pernah menyewa tempat seperti gedung, mungkin kerana bajet minimum,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: