Tempatan

Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Di Pantai Timur Hingga Rabu Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran angin kencang dan laut bergelora kategori Pertama akan membadai kawasan Pantai Timur dan Johor Timur.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Rabu, 25 Januari 2023,” kata METMalaysia dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Ramalan Cuaca Sempena Tahun Baharu Cina

BACA JUGA: Semakan Undang-Undang Pelawak Crackhouse Comedy Ditolak

BACA JUGA: Eksport Minyak Sawit: Malaysia Perlu Tangani Sekatan & Kempen Negatif Eropah

Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, jabatan itu juga memberi amaran kawasan perairan Terengganu dan Kelantan berisiko dilimpahi dengan limpahan air laut di pesisir pantai susulan kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku sehingga Sabtu, 21 Januari 2023.

Bagi aktiviti perkapalan, angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka membadai kawasan perairan utara Condore sehingga Rabu, 25 Januari 2023.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.”

Manakala amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori Pertama) pula dijangka melanggar kawasan perairan selatan Samui, selatan Tioman, Bunguran, timur Reef North, utara Reef South, Layang-Layang dan Palawan sehingga Rabu, 25 Januari 2023.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata METMalaysia lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: