Tempatan

Guru Mangsa Phone Scam, Rugi RM91 Ribu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 05 April 2023 – Seorang guru perempuan berusia 51 tahun menjadi mangsa kerugian setelah terpedaya dengan phone scam yang mengakibatkan kehilangan wang sekitar RM91 ribu.

Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Ramli bin Mohamed Yoosuf berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima laporan polis dari Temerloh berhubung kes mangsa ini yang terpedaya dengan penyamaran suspek sebagai Pegawai Insuran, Pegawai Polis dan Timbalan Pendakwa Raya.

Menurut laporan, pada 24 Februari 2023, mangsa menerima panggilan telefon daripada ejen insuran yang menyatakan mangsa telah membuat tuntutan insuran sebanyak RM68,000 di Ampang Puteri.

BACA JUGA: Pendirian Bar Council Tidak Konsisten & Nampak Politikal – Lukman Sheriff

BACA JUGA: Melayu Islam Tidak Pernah Bersikap Angkuh Di Negara Ini – Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

BACA JUGA: Hujan & Ribut Petir Langgar Beberapa Negeri Sehingga Jumaat Ini

“Apabila mangsa menafikan, suspek telah menyambungkan panggilan kepada Pegawai Polis dan kemudian disambungkan pula kepada Timbalan Pendakwa Raya. Mangsa telah terpedaya dengan mengikut segala arahan untuk menukarkan kad Bank Rakyat baru serta mengemaskini no TAC,” memetik kenyataan itu.

Ujar Ramli, sebanyak RM91,400 dipindahkan daripada akaun Tabung Haji, pinjaman Aeon Kredit dan wang hasil memajak gadai barang kemas. Kesemua wang itu yang dimasukkan dalam akaun bank telah dikeluarkan oleh suspek dalam tempoh sebulan dari tarikh wang masuk.

Susulan kejadian ini, pihak polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang awam yang mendapat panggilan meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi Kerajaan berkaitan bagi menghindarkan diri dari menjadi mangsa penipuan.

Masyarakat juga diingatkan agar membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon di pautan https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: