Tempatan

Kementerian Pendidikan Umum Cuti Khas Raya 19 April Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 April 2023 – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas persekolahan pada 19 April ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, “KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan.”

Menurutnya, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada guru dan murid-murid untuk membuat persiapan hari raya bagi negeri di kumpulan A dan B.

BACA JUGA: Peniaga Menu Rahmah Diingatkan Jangan Harapkan Subsidi

BACA JUGA: Lelaki India Koyak Al-Quran & Cuba Langgar Jemaah Di Masjid Ontario

BACA JUGA: Imam Ditikam Sewaktu Solat Subuh Di New Jersey

Sebelum ini, media melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini.

Samudera.my turut melaporkan bahawa pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada malam Khamis, 20 April 2023 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah selepas melihat anak bulan Syawal.

Pengumuman akan dibuat menerusi siaran radio dan televisyen oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: