Tempatan

MAPIM Seru Media Malaysia Kutuk Tindakan Kejam Zionis Bunuh Petugas Media Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 18 Disember 2023 – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru pekerja media Malaysia mengutuk tindakan kejam rejim Zionis dan mencari keadilan buat petugas media Gaza yang dibunuh.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, “Israel melakukan lebih daripada jenayah perang, menyasarkan wartawan dan pekerja media adalah terlalu ganas yang berbarik.”

“Sehingga 15 Disember lalu, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) dalam siasatan awalnya menunjukkan sekurang-kurangnya 64 wartawan dan pekerja media adalah antara lebih 19,000 yang terkorban sejak perang bermula 7 Oktober lalu.”

Ujar beliau lagi, perang Gaza merupakan salah satu konflik paling berbahaya bagi wartawan sedangkan menurut undang-undang antarabangsa, mereka tidak dikecualikan daripada orang awam malah juga perlu dilindungi secara keseluruhan.

Dalam pada itu, MAPIM turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil pendirian tegas terhadap pembunuhan lebih 60 wartawan dan petugas media di Gaza.

Tegasnya, “Dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2222 telah menyebut bahawa wartawan dan pekerja media yang beroperasi di kawasan konflik bersenjata mesti dilayan serta dilindungi sebagaimana orang awam dan dibenarkan membuat kerja mereka tanpa gangguan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: