Antarabangsa

Elit Barat Provok Krisis Dunia – Menteri Luar Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 29 Disember 2023 – Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Barat telah memulakan kekacauan di seluruh dunia, menjadi punca kepada banyak konflik bagi memuaskan kehendak sendiri.

Kenyataan tersebut dinyatakan sewaktu berlangsungnya sebuah sesi temu bual bersama agensi berita TASS pada Khamis lalu.

Kata-kata beliau itu dinyatakan ketika mana banyak negara termasuk Rusia, China serta India kini bersuara tentang keperluan sebuah model yang dapat membentuk semula politik global dengan cara yang lebih adil dan saksama. Ujarnya lagi,

“Dunia kini terus menerus berada dalam keadaan kucar kacir. Dan salah satu daripada sebabnya adalah kelompok pemerintah Barat, yang mana mereka memprovok banyak krisis ribuan kilometer daripada sempadan mereka dalam usaha untuk mencapai sasaran mereka dengan membebani orang lain.”

“Dengan Barat yang kini masih berpaut dengan dominasi mereka yang semakin beransur lenyap, tiada siapa yang selamat daripada helah-helah geopolitik. Pemahaman ini kini sedang meningkat di seluruh dunia.”

Lavrov seterusnya menyatakan bahawa kuasa Barat pada masa akan datang harus menerima hakikat dunia yang bersifat multipolar dan ketika itulah isu-isu akan menerima penyelesaian berdasarkan keseimbangan kepentingan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: