Antarabangsa

Akta Anti Homoseksual: Bank Dunia Tahan Pinjaman Uganda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 11 Ogos 2023 – Bank Dunia telah menangguhkan pemberian pinjaman baharu kepada Uganda setelah negara itu melaksanakan undang-undang anti LGBTQ tahun ini.

Menurut institusi kewangan antarabangsa berkenaan, “Akta Anti-Homoseksualiti Uganda pada asasnya bercanggah dengan nilai-nilai Kumpulan Bank Dunia.”

Mereka berpendapat, visi Bank Dunia untuk membasmi kemiskinan hanya boleh berjaya jika ia merangkumi semua individu tanpa mengira kaum, jantina atau seksualiti.

BACA JUGA: Pembinaan Lapangan Terbang Tioman Batal – Menteri

BACA JUGA: Ceroboh Tanah Kerajaan Negeri Pahang, Lelaki Didenda RM200,000

BACA JUGA: LPPPQ Lulus Pemuliaan Lebih 10 Ribu Bahan Al Quran

Dalam pada itu, Bank Dunia turut menghentikan pembiayaan projek, sementara menunggu laporan semakan daripada langkah diperkenalkan untuk melindungi golongan minoriti seksual dan jantina daripada perbuatan diskriminasi membabitkan projeknya.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan, Bank Dunia menyatakan ia tetap komited untuk memberi bantuan walaupun terhenti pada pembiayaan.

“Kumpulan Bank Dunia mempunyai hubungan yang lama dan produktif dengan Uganda; dan kami tetap komited untuk membantu semua warga Uganda – tanpa pengecualian – melarikan diri dari kemiskinan, mengakses perkhidmatan penting dan memperbaiki kehidupan mereka,” ujar institusi itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: