Antarabangsa

Berdosa Kalau Halang Gugur Kandungan – Nancy Pelosi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 01 September 2022 – Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa menghalang hak seseorang untuk menggugurkan kandungan adalah sesuatu yang berdosa.

Beliau menyatakan sedemikian pada ucapannya sempena majlis Meja Bulat Bagi Kesihatan Pembiakan Wanita di San Francisco pada minggu lalu, di mana beliau mengutuk tindakan melarang pengguguran di negeri-negeri yang dipimpin oleh parti Republikan yang mana Pelosi menyifatkannya sebagai “tidak adil”.

“Ini sebenarnya adalah satu serangan terhadap ‘women of color’ (istilah yang merujuk kepada wanita yang bukan berkulit putih) dan wanita yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Ini (larangan pengguguran janin) adalah berdosa. Ini berdosa. Adalah salah bagi mereka untuk menyatakan terhadap golongan wanita apa yang mereka rasa wanita seharusnya lakukan terhadap kehidupan dan tubuh badan mereka,” tambah Pelosi lagi, yang mana kenyataan beliau ini kelihatan bercanggah dengan agama Katolik yang beliau anuti.

Parti Demokrat telah menjadikan isu hak pengguguran janin ini sebagai bahan utama kempen mereka dalam menghadapi pilihan raya kongres pada November ini.

Topik ini menjadi keutamaan berikutan Mahkamah Tinggi AS telah mengubah keputusan kes Roe v. Wade pada June lalu yang menyatakan bahawa pengguguran bukanlah hak yang dilindungi oleh perlembagaan.

Berikutan kenyataan Pelosi tersebut, Salvatore Cordileoni, Archbishop dari San Francisco telah menyatakan bahawa beliau tidak lagi membenarkan ahli politik tersebut untuk menerima ‘Hony Communion’ kerana Pelosi telah melakukan “kejahatan dahsyat”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: