Tempatan

Letupan Bom Di Bandung Bukti Kelompok Radikal Masih Wujud

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANDUNG, 09 Disember 2022 – Tragedi bom bunuh diri di Balai Polis Astana Anyar, Bandung baru-baru ini menjadi bukti bahawa kumpulan radikal ini masih wujud, menurut laporan dari agensi berita Indonesia.

Hal ini kerana, menurut Ketua Pusat Kajian Dasar Jenayah, Fakulti Undang-Undang Universiti Padjadjaran (UNPAD), Nella Sumika Putri, sudah hampir empat tahun pengeboman pengganas tidak berlaku dan tragedi di balai polis berkenaan kelmarin merupakan amaran bahawa kumpulan radikal itu masih wujud.

“Ini menunjukkan bahawa terorisme itu belum berakhir, kita sudah beberapa tahun tidak digemparkan dengan isu terorisme, tetapi kita diingatkan sekali lagi bahawa isu terorisme masih belum belum hilang sepenuhnya. Dia (pengganas) akan muncul pada masa dan waktu yang kita tidak pernah jangka,” kata beliau.

Jelasnya, tragedi pengeboman kelmarin berkemungkinan dilakukan di atas dasar mahu menyebarkan ancaman menjelang sambutan Hari Natal dan Tahun Baru.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan jika adanya tujuan lain dari tindakan pelaku tersebut.

“Justeru, ini adalah amaran bahawa kita harus berjaga-jaga, bahawa terorisme masih wujud di Indonesia,” katanya lagi.

Kelmarin, Balai Polis Astana Anyar, Bandung digegar dengan ledakan bom bunuh diri sehingga mengakibatkan dua orang maut dalam tragedi tersebut.

Pelaku tersebut dikenali sebagai Agus Sujatno dipercayai dari kelompok Jamaah Ansharut Daulah (JAD) dilaporkan pernah ditangkap pada tahun 2017 dalam kes pengeboman Cicendo, Bandung.

Menurut Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, dipercayai Agus juga memiliki makmal di rumahnya yang digunakan sebagai lokasi untuk membuat bom.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: